Maafkan Abang Sayang..
Remuk hati seorang isteri dikala suami
yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya
mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya.

Sungguh tidak kuduga inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit
cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir.
Kehangatan air mataku meneyelinap ke dalam diri. Sayang kasihmu abang
sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar
yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung
langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali.
Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi. Malam
yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang
bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang.
Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad
waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita
bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan
sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk
membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut
nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam?
Ingatkah abang
akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam
jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi
peluang kedua untuk bersama sayang. Betapa abang rasa hidup abang lebih
lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang
abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang
berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang
rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah
tidak bermakna lagi buatmu. Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini
sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina
jambatan kasih kita.
Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam
melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri
melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu.
Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang
sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia.
Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun.
Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga. Sekali lagi air
mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi.
Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang
dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara
sayang takuti.
Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu.
Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi.
Abang, malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak
sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana
punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah
seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala
Farah yang waktu itu datang menangis- nangis kerana sudah tidak betah
hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.
Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di
Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak- beranak di
rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat
Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.
Mungkin kerana ketidakhadiran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang
menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3
bulan itu
Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat
menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan
ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan
anak-anak. Betapa di kala itu, Abang bagaikan wira dahulukala. Di saat
Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah
Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu
persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk
berderai.Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila
wanita yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah. Sampai hatimu Farah,
madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas
dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang
bertepuk sebelah tangan
tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang
dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan
kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh
dari hidupmu? Tidak pernah dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu
untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau
sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jauh
talak. Kau masih isteri orang Farah.
Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu
diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapkan lagi. Kukutip permohonan
suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di
kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas sofa empuk
itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup.
Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam,
pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam
ini……. pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh
wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi. “Abang… Sayang cuma mahu
tahu seperkara darimu abang. Berterus- teranglah walaupun ianya paling
pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah? Apa yang
membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang ?” Sakit hati
ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat kubayangkan
kekecewaan yang melanda.
Perlahan kuamati suamiku. Abang, walaupun
hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya
kehilanganmu. “Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan
Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi.
Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia. ” Dalam saat-
saat sebegini Farah masih dihatimu. “Tapi kenapa sampai ada
keterlanjuran berlaku ?” “Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan
…” Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku
mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air
mata sudah makin murah untuk mengalir. Tapi Sayang akan kekal kuat.
Sayang masih kekal kuat seperti dahulu. “Bagaimana halal dan Haram Abang
?” Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar
keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah. “Abang
dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas
keterlanjuran kami.
” Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.
“Abang masih belum jawab soalan Sayang. Apa yang membuatkan Farah
lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang ?” Antara dengar dengan tidak
aku cuba mendapatkan kepastian. “Farah.. Farah.. ” Suamiku resah.
Kata-katanya mati. Ada nada-nada
ktidakpastian pada raut wajahnya.
Lembut kugenggam tangan suamiku. “Abang Sayang cuma mahukan
kejujuranmu. .” Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada
suamiku untuk berlaku jujur denganku.
“Sayang.. Farah mampu
menjadikan Abang…AYAH. .” Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan
suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya.
Dulu janjimu lain Abang tapi kini..
“Dulu , Sayang izinkan abang
menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita
sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga
dalam diri Abang.. ” “Sayang … itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup
abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang
berkebolehan mendapatkan Anak. ” Aku semakin sakit mendengarnya. Abang
hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.
“Kalau
anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal
buatmu. ” Segera aku bangkit dari dudukku. Dengan kekuatan yang masih
berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah
terluka abang. Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu
Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah
buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini
Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir
buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya … “Tapi Abang…
Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang.
Bebaskan Sayang.. ” Tersentak suamiku. “Nanti Sayang …” Suamiku
menarikku hampir padanya. “Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah.
Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang,
Ayah, sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi
kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan
perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang
musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang
buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang
ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang. “ Perlahan-lahan aku
melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada
lagi simpati buatnya.
Yang ada cuma ….janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan, Abang.